Dengar je CubPrix, terus kita fikir tentang perlumbaan motosikal. Tapi korang tahu tak, yang CubPrix adalah platform rider muda buktikan bakat, mekanik asah skill, dan pasukan kecil tunjuk kemampuan ketika menyertai sukan permotoran negara?

Ianya sebuah pertandingan yang membuka peluang untuk setiap orang melakar impian bersama. 

Dari perlumbaan pertama sampai penutup musim, PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 penuh dengan moment mendebarkan. Namun, tangisan kemenangan, genggaman trofi, dan pelukan pasukan menjadi detik manis penutup pada musim ni.

Cub Prix 2025

Ia menjadi bukti penat lelah, usaha, jatuh bangun pelumba sebelum berjaya berada diatas podium utama.

Sesi meet & greet memeriahkan lagi suasana apabila pengunjung berpeluang berjumpa dengan pelumba kegemaran mereka sambil borak santai.

Ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk bergambar dengan idola mereka.

Cub Prix 2025

Banyak aktiviti bukan untuk kaki motor je!

Penuh vibe positif, di PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 banyak giler aktiviti berlangsung dan paling penting semua peringkat umur dapat sama-sama turun padang dan enjoy.

Bagi korang yang belum pernah datang ke PETRONAS Malaysian CubPrix, korang dah rugi banyak tau.

Di PETRONAS CubPrix 2025, korang bukan je boleh tengok anak-anak muda kita membuktikan keupayaan mereka dalam perlumbaan sebaliknya, ada pelbagai aktiviti yang best-best berlangsung.

Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah Used Cooking Oil Workshop (UCO).

Di UCO Workshop, pengunjung akan diajar bagaimana untuk menggunakan kembali minyak masak terpakai.

Cub Prix 2025

Selain itu, ada juga booth DIY bracelet yang menggunakan manik plastik kitar semula untuk dijadikan gelang tangan. Serius cute gila. Tak hairanlah ramai betul orang buat DIY bracelet ini.

Di PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 juga korang boleh tengok produk yang dihasilkan daripada 3 sisa buangan;

  1. UCO (minyak masak terpakai): sabun basuh pinggan, sabun badan, lilin.
  2. Plastik: beads, tasbih, keychain, bracelet.
  3. Tekstil: tote bag, pouch, wallet.

Kreatif dan eco-friendly, kan?

Cub Prix 2025

Produk & promosi pada harga event-only!

Booth PETRONAS Lubricants turut jadi tumpuan sebab PETRONAS Sprinta boleh dibeli dengan harga eksklusif, harga event-only. Memang ramai la yang rambang masa tu.

Di sana, pengunjung yang muat turun aplikasi Setel dan mendaftar diberikan ganjaran istimewa. Tak salah min pengunjung cuma perlu imbas, daftar, dapat ganjaran. Easy gila. Tahu-tahu je dah dapat hadiah.

Cub Prix 2025

Permainan untuk semua peringkat umur!

Banyak lagi aktiviti yang ada. Bukan hanya bengkel tapi PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 juga ada permainan yang menarik.

Kali ni mereka bawakan motorcycle racing simulator. Ramai gila yang beratur nak main game simulator ni. Ye la, nak masuk litar tak berani, jadi inilah peluang diorang nak berlumba di alam maya. Untuk kanak-kanak pula, ada pertandingan mewarna. Meriah sangat-sangat.

Cub Prix 2025

Menyengat! Persembahan live layan habis!

Persembahan live tahun ini juga tak kurang hebatnya. Banyak band tempatan yang ikut serta. Persembahan kebudayaan pun sangat menarik apatah lagi bila unsur mix modern dan tradisi digabungkan sekali. Lain daripada yang lain la.

Cub Prix 2025

Apa yang min boleh katakan PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 berikan rasa festive vibes! Bukan pertandingan perlumbaan motosikal semata-mata.

Tonton siri inspirasi dari litar untuk hype Cub Prix 2025

PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 dah pun tutup tirai. Bagi korang yang dah “termissedevent kali ni, Korang follow je perjalanan dan kisah di sebalik litar melalui siri “Inspirasi Dari Litar” di YouTube @PETRONASMotorsports.

Dekat sana ada banyak cerita menarik tentang PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 yang tak ada dekat tempat lain.