berita

Bahaya & Boleh Sebabkan Kematian, Doktor Kongsi Petua Apabila Tercekik Tulang

October 18th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hampir setiap dari kita mengalami pengalaman tercekik tulang ikan pada bahagian kerongkong. Malah, ramai tidak tahu cara yang betul untuk mengeluarkan tulang ikan itu. Bahaya sekiranya tulang ikan itu dibiarkan begitu lama dan boleh mengundang kepada kematian.

Dr. Shaiful Nizam kongsi beberapa petua buat anda sekiranya tercekik tulang ikan pada kerongkong. Anda juga dinasihatkan segera berjumpa doktor sekiranya keadaan menjadi semakin teruk.

Jangan panik

Segera ke hospital

Jangan sesekali guna jari

Boleh menyebabkan jangkitan kuman

Dr. Shaiful Nizam berkongsi beberapa petua sekiranya anda mengalami situasi demikian. Tulang ikan yang terlekat pada bahagian kerongkong boleh menyebabkan komplikasi teruk pada kerongkong anda. Ianya juga boleh menyebabkan kewujudan nanah pada sekitar farinks menjadi bengkak.

Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera dan tidak digalakkan kesakitan itu berlarutan.

Boleh mengundang kematian

Sementara itu, seorang doktor pakar bedah dari China, Dr. Xu Siwei pernah menyelamatkan 4 nyawa penduduk di negara China yang tercekik tulang ikan melalui pembedahan. Tercekik tulang ikan pada kerongkong ini juga boleh mengundang kepada kematian.

Tahukah anda, kaedah tradisional seperti minum air masak, berkumur dengan cuka, makan kuning telur dan menggunakan kaedah kepal nasi adalah cara yang tidak disyorkan. Kaedah ini akan menyebabkan kerongkong anda bertukar menjadi kemerahan hingga bengkak dan bernanah.

Apa yang perlu anda lakukan adalah periksa terlebih dahulu keberadaan dan kedalaman tulang ikan itu. Sekiranya tidak begitu dalam, anda boleh menariknya keluar menggunakan pin. Segera berjumpa doktor sekiranya masih gagal untuk dikeluarkan dari kerongkong anda.

Sumber: Dr Shaiful, Dr Xu Siwei

SKIP THIS AD ×