berita

Petugas Syak Wanita Didera Sebab Kepala ‘Berlumuran Darah’ Pergi PPV, Rupanya…

July 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Malaysia, kadar vaksinasi harian sudah melebihi 400 ribu dos sehari. Menerusi jumlah tersebut, seluruh rakyat Malaysia dipercayai mula sedar mengenai pentingnya pengambilan vaksin dalam situasi semasa.

Di Facebook, Thian Siew Kim berkongsi satu kisah menarik mengenai gelagat ibunya ketika hadir di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sanggup tinggal sesi mewarna rambut

Menurut Thian, dia berasa kagum melihat semangat ibunya yang sanggup meninggalkan sesi mewarna rambut di rumah semata-mata untuk pergi ke pusat vaksin. Lebih melucukan, ibunya datang ke PPV dengan keadaan rambutnya yang basah kuyup serta pewarna merah masih jelas kelihatan di bahagian depan rambut. Jelas Thian Siew Kim, ibunya sudah separuh jalan mewarnakan rambutnya.

Bercerita lebih lanjut, Thian memberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada 16 Julai yang lalu. Semuanya bermula ketika ibunya menerima pemberitahuan mengenai tarikh dan waktu untuk divaksinasi. Sebagai anak, Thian dan adiknya mendesak ibu mereka untuk hadir ke PPV yang dinyatakan dengan segera.

Ibu rasa sangsi

Pada mulanya ibu sedikit sangsi, adakah dia boleh datang ke PPV dengan rambut separuh siap. Namun, adik saya telah meredakan keadaan tersebut dan menyatakan bahawa suntikan vaksin di lengan bukannya di kepala.

Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, ibu Thian dipercayai terus bersiap dan hadir ke PPV. Ujar Thian, dia menemani ibunya sehingga selesai proses vaksinasi tersebut. Thian tuurt menjelaskan bahawa ibunya berbangsa Thai dan hanya boleh bertutur dalam bahasa Thai sahaja.

Petugas di PPV siap periksa ibu lagi sekiranya dia mengalami sebarang luka. Mereka semua sangat baik dan siap bertanya kepada saya mengenai keadaan ibu. Mereka turut mengesyaki bahawa saya bukan anak perempuannya dan ingin melihat apakah nama keluarga saya sama dengan nama keluarga yang diambilnya ketika ibu berpindah ke Malaysia dan berkahwin. Saya juga disyaki sebagai majikan yang telah mendera pembantu rumah hingga kepalanya berdarah.

Disoal mengenai reaksi petugas kesihatan yang berkhidmat di PPV, Thian memberitahu rambut ibunya itu telah menarik perhatian semua pekerja di PPV tersebut. Bahkan, petugas menyangka kepala ibunya berdarah pada masa itu.

Sumber: Thian Siew Kim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×