berita

PG Mall Tawar Harga Terbaik Dengan Diskaun Kaw-Kaw Sempena Sale 11.11

November 2nd, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

11.11 adalah tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan kita. Inilah masa terbaik untuk korang shopping. Maklumlah, ada pelbagai promosi dan tawaran yang menanti korang secara dalam talian. Perghhh! Boleh terkedu tengok harga runtuh kaw-kaw!

PG Mall tawar diskaun hebat sempena sale 11.11

Bagi korang yang tak pernah membeli-belah dengan PG Mall, korang memang rugi. Kenapa? Ha! Rugi la, sebab PG Mall menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti perkakasan elektrik, pakaian, buku, peralatan rumah, peralatan sukan, makanan, barangan keperluan bayi dan banyak lagi.

Harga yang mereka tawarkan juga lebih murah berbanding peruncit di luar terutamanya ketika Hot Day Sale. Lagilah berbaloi bila korang shopping. Ada pula sale 11.11, bertambah-tambah rugi kalau tak grab barangan keperluan korang dengan PG Mall.

Mana taknya, korang akan dapat diskaun sebanyak 11%  daripada total bill yang korang belanja dengan perbelanjaan minima RM11. Siap boleh dapat free delivery lagi. Kan best tu?

** Tertakluk pada terma & syarat

Ini antara tawaran yang korang tak boleh lepaskan

Macam mana? Menarik kan barangan yang PG Mall tawarkan sempena sale 11.11. Ini cuma sebahagian kecil barangan yang ditawarkan pada harga runtuh.

Ada banyak lagi sebenarnya barangan yang ditawarkan pada harga runtuh tapi kalau nak masukkan semua sampai lusa pun korang tak habis baca.

Selain itu, barangan daripada jenama terkemuka seperti Skechers, VIVO, , Nestle, Khind by costplus, DI Mart, Cookraze, Old Town, REVLON, Aurora Italia, P&G, PG Jewel, PG Gold Museum dan Taifook juga ada tawaran hebat.

Yang penting, korang kena follow Facebook PG Mall sebab mereka akan share offer yang berlangsung dari semasa ke semasa.

Ada pulangan tunai sehingga 3.5% (setiap masa)

Menariknya, selain harga yang ditawarkan PG Mall murah, korang juga layak untuk dapat pulangan tunai sepanjang masa bila membeli-belah dengan PG Mall .

Bagaimana nak menikmati pulangan tunai tersebut? Mudah je caranya, korang cuma perlu kongsikan referred link korang kepada pengguna baru PG Mall. Secara automatiknya korang akan menerima 3.5% pulangan tunai daripada perbelanjaan korang.

Tapi, pemberian cashback tertakluk kepada terma dan syarat. Nak tahu lebih lanjut? Korang klik je link ni <https://pgmall.my/consuMerchant-concept>

Jadi, jangan lupa untuk lock date korang pada 11.11 akan datang. Banyak tawaran menarik dengan harga runtuh untuk korang nikmati bersama PG Mall.

Website: PG Mall

Faebook: PG Mall

SKIP THIS AD ×