berita

PGMall Bantu Peniaga Tempatan Kembangkan Pasaran Jualan Ke China

May 7th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Perasan tak kalau kita nak beli barang dari China memang mudah sangat sekarang ini, semuanya di hujung jari tinggal klik je yang mana nak kemudian barang korang akan dihantar terus ke rumah.

Tapi pernah tak korang terfikir macam mana kalau kita pula yang dapat luaskan pasaran produk lokal ke peringkat antarabangsa seperti China? Sama macam mana kita selalu beli barang dari diorang tu, tapi sekarang kita pula yang menjual. Mesti best!

Sekarang korang pun dah boleh meniaga sampai ke China dengan PGMall!

PGMall yang sentiasa optimis dalam membantu peniaga tempatan melebarkan sayap mereka, tampil selangkah ke depan dengan mengumumkan program ‘Sell to China’ hasil kerjasama bersama JD.com, platform jualan dalam talian terbesar di China.

Melalui kerjasama ini, peniaga lokal bakal diberi peluang untuk memasarkan barangan jualan mereka ke negara tembok besar itu dengan lebih mudah.

Program ‘Sell to China’ bakal menyediakan bantuan untuk para peniaga dari segi pengurusan, pendaftaran jenama, pemasaran, kempen, terjemahan butir produk ke bahasa China sehinggalah pengurusan khidmat pelanggan. Senang kata dari A sampai Z semuanya PGMall akan tolong korang, jadi tak payah nak pening-pening dah.

‘Sell to China’ adalah inisiatif PGMall dalam membantu para peniaga yang terjejas dek wabak Covid-19 untuk bangkit semula. Pengasas dan Pengarah Urusan PGMall, Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau berkata “Kebanyakkan peniaga terutama sekali Perusahaan Sederhana Kecil (SME) berdepan masalah kewangan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lalu.

Mengambil kira bagaimana keadaan sudah berubah, kami ingin membantu para peniaga untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan mencari alternatif bagi meneruskan kelangsungan perniagaan”.

Tambahnya lagi, dia juga berharap dengan kerjasama bersama JD.com, mereka bukan sahaja dapat membantu lebih ramai peniaga untuk  terus bertahan, tetapi, boleh meningkatkan lagi hasil jualan.

Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Pengasas dan Pengarah Urusan.

Usaha PGMall untuk meluaskan pasaran produk tempatan tidak sahaja terhenti di China. Malah, mereka kini sedang giat berusaha untuk menembusi pasaran Indonesia yang mana merupakan pasaran e-dagang terbesar di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau menegaskan bahawa usaha ini masih lagi di peringkat awal, namun mereka komited bagi merealisasikannya.

Jika korang berminat nak daftarkan perniagaan korang atau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai program ‘Sell to China’ korang boleh berbuat demikian di https://pgmall.my/JD-Worldwide

Untuk sebarang info tambahan tentang PGMall dan rangkaian servis serta produk yang mereka tawarkan korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI atau hubungi pusat khidmat pelanggan mereka di 011-10670916.

SKIP THIS AD ×