berita

Phone Hilang Ketika Tidur, Bila Jumpa Semula…Terkejut Penuh Selfie ‘Pencuri’!

September 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Telefon bimbit merupakan satu keperluan ketika ini, kerana segalanya boleh diakses melalui teknologi tersebut. Jika seseorang itu kehilangan telefon bimbitnya sudah pasti akan risau, kerana akan menyusahkan untuk seseorang itu untuk berhubung.

Ini kisah lucu yang dikongsikan Zackrydz di Twitter, apabila telefon bimbitnya hilang, tapi kali ini bukan hilang dicuri oleh manusia, tetapi oleh seekor monyet berhampiran rumahnya.

Dicuri monyet

Pada mulanya, Zackrydz menyangka telefon bimbitnya sudah dicuri oleh orang lain dan langsung tidak mengesyaki telefon bimbitnya dibawa lari oleh seekor monyet. Monyet tersebut dikatakan masuk ke rumah Zackrydz dan mengambil telefon tersebut, tetapi casing telefon tersebut ditinggalkan di bawah katil.

Dia juga menggeledah satu rumah jika dia tersalah letak telefonnya dan menggunakan aplikasi findmyiphone untuk mencari telefon tersebut. Namun, gagal kerana telefon tersebut dalam keadaan offline.

Zackrydz mengetahui telefonnya dicuri monyet apabila gallery telefonya penuh dengan gambar monyet dan beberapa foto dalam hutan. Dia juga tidak pernah sangka kawasan perumahannya turut mempunyai monyet.

Terjumpa dekat hutan

Gambar sekadar hiasan

Zackrydz bertindak untuk cuba mencari di persekitaran rumahnya setelah dua hari hilang dan turut membuat beberapa panggilan sebagai petunjuk.

Tindakannya membuahkan hasil apabila terdengar deringan bunyi telefon bimbitnya yang datang dari arah hutan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan dia berasa terkejut.

Menurutnya lagi, ini bukan telefon pertama yang dicuri oleh monyet tersebut, tetapi telefon jirannya juga turut dicuri oleh monyet tersebut.

Sempat asah ‘skill photography’

Foto: Zackrydz

Monyet tersebut sempat mengambil beberapa foto pokok dan selfie menggunakan telefon Zackrydz sebelum telefon itu berjaya dijumpai.

Kejadian seperti ini memberi pengajaran kepada kita untuk berhati-hati dan jangan lupa untuk tutup tingkap rumah bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Sumber: Zackrydz&XavierNaxa

SKIP THIS AD ×