Seorang photographer (jurugambar) bebas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pasangan pengantin yang juga merupakan kliennya selepas mengakui mengambil makanan yang disediakan di majlis perkahwinan tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: Hanya Bermodalkan RM1, Rezeki 10 Pasangan Pengantin Naik Pelamin Serentak

Photographer ambil makanan jemputan

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mengakui kesilapannya dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan ketika menjalankan tugas.

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya semasa bertugas di sebuah majlis perkahwinan klien saya pada Ahad, 19 Julai lalu.

Saya mengakui bahawa saya telah mengambil makanan tanpa jemputan atau kebenaran daripada pihak klien saya. Saya sedar tindakan tersebut adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, sebagai memenuhi permintaan pasangan pengantin berkenaan, dia telah membayar ganti rugi bagi makanan yang diambil selain membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa mendedahkan identiti mereka.

Seperti yang diminta oleh pihak klien, saya telah membuat pembayaran ganti rugi bagi makanan tersebut serta membuat permohonan maaf ini secara terbuka, tanpa mendedahkan identiti mereka.

Saya kesal apa yang berlaku dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Semoga ia menjadi peringatan kepada semua jurugambar dan juruvideo untuk sentiasa menjaga adab serta profesionalisme ketika bertugas.

Dalam hantaran sama, jurugambar itu turut berkongsi bukti transaksi pembayaran sebanyak RM500 yang telah dibayar kepada klien sebagai ganti rugi.

Sumber: Threads