berita

Phuket Terima Kunjungan Pertama Pelancong Luar Negara, Tak Perlu Kuarantin 14 Hari

July 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Phuket, Thailand hari ini telah membuka ‘pintu ekonomi’ bagi membantu sektor pelancongan dalam negeri yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pusat peranginan terkenal itu telah menerima kumpulan pertama pelancong luar negara iaitu Abu Dhabi yang menaiki pesawat penerbangan Etihad Airways.

Terima kunjungan pertama

Memetik laporan The Star, Phuket menerima kunjungan pelancong antarabangsa seramai 249 pelancong dari Israel, UAE, Qatar dan Singapura yang berada di bawah skema bebas kuarantin (quarantine-free scheme). Kerajaan negara itu bagaimanapun meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat kebangkitan semula ekonomi negara dan memperkenalkan ‘Phuket sandbox’, sebuah kaedah yang akan memungkinkan pelancong yang telah terima suntikan vaksin untuk berkunjung tanpa kuarantin.

Kempen vaksinasi besar-besaran

Negara Thailand sehingga hari ini telah mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 sebanyak 259, 301 dan 2,076 kes kematian. Negara Gajah Putih itu telah melancarkan kempen vaksinasi secara besar-besaran sebagai persiapan untuk menerima kunjungan pelancong antarabangsa.

Pelancong harus ikuti saranan kerajaan

Bukan itu sahaja, pelancong tersebut perlu mengikuti syarat yang ditetapkan kerajaan tempatan di mana mereka harus tinggal di Phuket selama dua minggu terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk meneruskan pelancongan ke seluruh negara itu. Selain, melakukan tiga saringan ujian Coronavirus yang dianjurkan oleh pihak kesihatan negara.

Statistik negara

Pada 30 Jun lalu menyaksikan Thailand mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 yang sangat ketara dengan 4,786. Ini antara bilangan kes yang banyak berbanding hari dan bulan sebelum ini. Bilangan kes kematian di negara itu juga dilihat serius dengan catatan angka 53 kes.

63 negara dibenarkan

Foto: The Nation Thailand

Sehubungan itu, negara Thailand memberi kebenaran dan menerima kunjungan pelancong dari 63 buah negara. Antara negara tersebut termasuklah Kanada, Brunie, Laos, Korea Selatan, Singapura, China, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Dalam 63 buah negara yang disenaraikan itu, tidak kelihatan nama negara Malaysia yang dibenarkan melancong ke Phuket buat masa ini.

Sumber: Richard Lim Tat, The Star

SKIP THIS AD ×