berita

Pijak Suspek Ketika Tidur ‘Punca’ Lelaki OKU Parah Kena Pukul Penghuni Pusat Jagaan Mental

July 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Sekadar gambar hiasan

Di Sungai Petani, Kedah, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) parah akibat dipukul dan dipijak dua penghuni lain di sebuah pusat jagaan pesakit mental.

Berada dalam keadaan yang kritikal

Foto: Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4.50 petang iaitu pada hari Ahad yang lalu. Mangsa yang berusia 49 tahun dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Mangsa mengalami kecederaan serius dengan terdapat kesan lebam dari bawah pinggang hingga betis dan tulang kaki kanannya patah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati dua penghuni terhadap mangsa yang memijak mereka ketika sedang tidur di lantai bilik.

Pengurus di pusat jagaan itu memaklumkan yang mereka ada menerima maklumat berhubung kaki mangsa yang lebam akibat dipijak dua penghuni pada 11 Julai lalu. Mangsa kemudian dibawa menjalani rawatan keesokan hari di klinik kesihatan dan di turut menjalani X-ray serta diambil sampel darah.

Tambah Zaidy, keadaan mangsa selepas itu sangat lemah sehingga pekerja pusat jagaan membawanya ke HSAH.

Pakar yang merawat mangsa memaklumkan dia kini dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung kepada ubat dan alat bantuan pernafasan. Selain itu, mangsa turut disyaki mengalami kecederaan dalaman yang serius di perutnya dan dia kini dipantau pakar.

Mangsa ada kala agresif dan ganggu penghuni lain

Foto: Sekadar gambar hiasan

Hasil siasatan pihak polis, pusat jagaan terbabit sudah beroperasi sejak 13 tahun lalu dan mempunyai tiga bilik untuk menempatkan pesakit mental yang dihantar keluarga.

Hampir 60 pesakit mental termasuk mangsa tinggal di pusat jagaan terbabit dan mangsa ada kalanya dikatakan agresif selain suka mengganggu penghuni lain. Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik mengalami masalah mental selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira 20 tahun lalu dan dia sudah menginap di pusat jagaan terbabit lebih 10 tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×