berita

Pikul Tong Jual Aiskrim Dari Kampung Ke Kampung, Kisah Warga Emas Ini Undang Sebak

July 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi meraih pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup, seorang warga emas dari Tawau, Sabah terpaksa berjalan kaki menjual aiskrim di sekitar beberapa perkampungan di daerah itu. Kisah kegigihan lelaki warga emas yang dipanggil ‘pak cik’ ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Nurdiana Mohd Rapi.

Sangat menjentik hati dan perasaan

Sangat menjentik hati dan perasaan ku petang ni. Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadi. Bangun dan terus duduk, khusyuk baca smpai habis. Baca punya baca, terus teringat anak buah yang turun mahu membeli jajan katanya. Keluar ke beranda, terus pulak dengar bunyi hon hon macam orang jual aiskrim motor tu. Niat memang mahu memanggil konon mau makan aiskrim roti. Sekalinya, pak cik ni pula yang lalu.

Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat tidak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tangan kiri memicit honnya. Allahuuuu, automatik terus sebak! Ndak fikir apa-apa. Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tongnya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah. Bukan mau cakap aku baik ya gais, cuma ntah kenapa aku rasa sebaknya tu lain macam. Membayangkan orang tua kita dalam keadaan begitu, memang kau akan terus rasa insaf tiba-tiba.

Menurut Nurdiana, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat pak cik tersebut berjalan dari kampung ke kampung sambil mengangkat tong aiskrim di bahu kanannya. Tambahnya, dia membeli kesemua ais krim yang dijual pak cik tersebut dan meminta warga emas itu segera pulang ke rumah.

Belilah aiskrim yang dijual

Ndak aku minta banyak sama kamu lah yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pak cik ni, belilah aiskrimnya. Rm1 ja dia jualkan tu. Sedap jugak aiskrimnya. Anggaplah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki ja.

Nikmat tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan. Masa aku tulis ni pun masih sebak aku rasa. Mampu doakan jaa pak cik ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi sentiasa. Terima kasih atas doanya tadi pak cik. Semoga Allah memberikan rezeki yang banyak lagi lepas ni ya.

Di samping itu, Nurdiana juga meminta orang ramai untuk membeli aiskrim pak cik tersebut seandainya mereka ternampak kelibat warga emas itu. Ujarnya lagi, aiskrim tersebut dijual dengan harga RM1 sahaja.

Sumber: Nurdiana Mohd Rapi

SKIP THIS AD ×