berita

Pilih Gadis Malaysia Sebagai Isteri, Kapten Hoki India Kongsi Detik ‘Jatuh Cinta’!

December 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta, kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, majlis resepsi pasangan tersebut telah diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur, India.

Berjaya mendapatkan permohonan khas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @illisaddique

Menurut laporan Harian Metro, pasangan tersebut sepatutnya berkahwin pada bulan April lalu di Ludhiana, namun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19. Meskipun majlis terpaksa ditangguhkan, Illi Najwa yang berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Ketika sekatan perjalanan antara India dan Malaysia kembali reda baru-baru ini, dia berjaya mendapatkan penerbangan ke New Delhi selepas mematuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan.

Pada 2 Disember lalu, Illi telah melakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bersama Manpreet di kampung halamannya.

Bertemu ketika tengok perlawanan hoki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @illisaddique

Berkongsi mengenai detik perkenalan, Illi mula bertemu Manpreet ketika perlawanan hoki saingan Piala Sultan Johor 2012. Ketika itu, Manpreet merupakan ketua hoki pasukan remaja India. Hubungan mereka kembali terjalin dan menjadi serius selepas Manpreet kembali mengetuai pasukan kebangsaan India pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Disoal kenapa Illi menjadi pilihan hatinya, Manpreet memberitahu bahawa dia tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi, ketika dia menikmati hidangan capati di rumah keluarga wanita itu pada kali kedua selepas mereka bertemu.

Sumber: Harian MetroIlli Najwa Saddique

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×