berita

Pilih Gaya Hijab Dan Menangi Hadiah Menarik Sekarang!

July 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sunsilk Lively Clean & Fresh merupakan sebuah produk penjagaan kulit kepala dan rambut yang terkenal di kalangan wanita Malaysia yang memberi rambut segar sepanjang hari walaupun bertudung seharian. Oleh itu, kini Sunsilk telah mengadakan satu pertandingan yang menarik buat semua peminat OHBULAN! dan Sunsilk, di mana anda diminta untuk mengundi sendiri gaya hijab pilihan dan kongsikan ia bersama rakan-rakan.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu layari aplikasi Sunsilk di OHBULAN! dan klik butang Like untuk ke aplikasi seterusnya.

Untuk sebarang informasi berkaitan cara-cara penyertaan, anda hanya perlu klik butang ketahui lebih lanjut dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Bagi menyertai pertandingan ini, anda harus mempelajari cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Kemudian, anda perlu mengayakan gaya hijab yang dipelajari dan muat naik foto tersebut.

Ajak rakan-rakan untuk mengundi sama! Sekiranya penyertaan anda mendapat undian paling tinggi dan kreatif, Sunsilk akan menawarkan anda hadiah minggu berupa wang tunai RM1500 + bawa 4 orang teman ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets!

Pertandingan ini hanya berlangsung dari 12 Julai hingga 26 Julai 2012. Apa tunggu lagi, sertai pertandingan ini sekarang!