

Penyanyi dan pelakon popular iaitu Ayda Jebat telah melangkah ke fasa baru sebagai suami isteri bersama pasangannya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang tadi.
Dengan sekali lafaz

Majlis sederhana itu telah berlangsung di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Pasangan ini memilih tarikh 1 Januari 2021 untuk ikatan sah dan bersejarah buat mereka berdua.
Sama cantik, sama padan




Sumber: Ayda Jebat








