berita

Pilihan Raya Makin Hampir, Pasha Ungu Terus Berkempen – ‘Saya Bahagikan Masa Antara Politik & Muzik’

November 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

pasha ungu

Vokalis kumpulan Ungu, Pasha berkongsi perkembangan kerjayanya dalam bidang politik dan memaklumkan bahawa dia bakal bertanding pada pilihan raya tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Pasha Ungu Kembali Aktif Berpolitik Mahu Bantu Rakyat, Takkan Tinggalkan Kumpulan Ungu

Bantu rakyat

pasha ungu

Ketika ditemui OhBulan! Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said berkata dia sedang membuat persiapan rapi untuk memperoleh tempat sebagai ahli parlimen bagi penggal yang seterusnya selepas selesai menjalankan tugas sebagai Wali Kota Palu sebelum ini.

Saya sekarang sedang mengikuti dan membuat persiapan untuk pilihanraya, mudah-mudahan lancar semuanya. Jadi saya boleh bertugas kembali.

Kempen sebenarnya sudah rasmi berlangsung bermula tarikh 28 November lalu sehingga 10 Februari nanti. Sepatutnya saya kempen hari ini, tapi demi kawan-kawan, demi Malaysia saya hadir di sini untuk promosi konsert kami.

Profolio sebagai datuk bandar sudah selesai sekarang sedang meneruskan untuk jawatan di parlimen.

Sepanjang bergelar wakil rakyat, Pasha banyak membantu penduduk di kawasannya terutama dari segi infrastruktur jalan, pendidikan dan kesihatan.

Kami banyak membantu terutama dari segi infrastruktur, buat jalan, jambatan.. Kami buat sekolah percuma, kerana kami pegang kepada konsep tak ada kanak-kanak yang tidak sekolah. Berdasarkan fakta, dahulu kanak-kanak tidak ke sekolah kerana tiada duit terutama di kawasan kampung. Kami juga sediakan subsidi untuk kesihatan jadi pesakit tak perlu bayar untuk dapatkan rawatan atau ubat.

Pasha berkata demikian di sidang media Konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur semalam.

Ungu sokong Pasha

pasha ungu

Berkongsi lanjut tentang karier sebagai anak seni dan ahli politik, pelantun lagu Terlanjur Cinta ini berkata dia dan anggota kumpulan Ungu tiada sebarang masalah untuk membahagikan masa dan komitmen.

Saya cuba menyesuaikan masa antara kerjaya politik dan muzik. Ungu juga pernah menjalani situasi yang sama ketika saya menjadi Wali Kota , jadi tiada sebarang masalah akan berlaku kerana konsert bukan berlangsung pada setiap hari.

Kalau nak cakap pasal penat semuanya penat tapi yang berbezanya sebagai ahli parlimen fokus tidak hanya kepada bidang nyanyian sahaja. Banyak tertumpu kepada kepentingan masyarakat.

Ungu bakal menemui peminat di Malaysia pada 25 Februari 2024 di Megastar Arena KL yang bakal mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular antaranya Tercipta Untukmu, Demi Waktu, Cinta Dalam Hati dan banyak lagi.

Sangat senang untuk kembali mmebuat konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.

Jangan terlepas peluang ini dengan mendapatkan tiket bermula pada harga RM 138 (Demi Waktu, Seating 2), RM218 (Kekasih Gelapku, Seating 1) dan RM338 (Tercipta Untukmu, Standing) di laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012-6530700 menerusi aplikasi WhatsApp. Tiket boleh dibeli bermula 1 Disember 2023.

Konsert ini dibawakan oleh AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur.

SKIP THIS AD ×