berita

‘Pimp My Ride’ Versi Malaysia Tiba November Ini

October 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Revolusi terbaru dengan kehadiran program “Pimp My Ride Malaysia” ini sekali lagi mencetuskan semangat si pecinta kereta untuk mencuba nasib dalam memperbaharui kereta mereka ke arah versi terbaru. Buat julung-julung kalinya, “Pimp My Ride Malaysia” akan dianjurkan oleh rapper terkenal Altimet dan MTV VJ Richard Herrera yang diadakan di Malaysia pada 30 November ini disaluran Astro 713 .

Jika episod pertama, Mohamad Zariq bin Mohd Zaki pelajar Teknologi Maklumat berusia 20 tahun yang berasal dari Pahang memenangi ‘Pimp My Ride Malaysia”. Kini, bermulalah episod kedua dimana Mohd Shafiq Iqwan Bin Junoh, graduan diploma  berusia 21 tahun yang berasal daripada Dungun, Terengganu telah dipilih memenangi ‘Pimp My Ride Malaysia’ episod kedua bagi memperbaharui keretanya ke arah lebih stabil dan menarik.

Kereta yang dimiliki oleh Syafiq ini dalam keadaan teruk sekali dimana bumbungnya bocor mudah dimasuki air hujan sehinggakan tempat duduknya lembap dan memerlukan cahaya matahari untuk mengeringkannya. Selain itu, bau busuk yang datang daripada kebocoran atap keretanya sekaligus memberikan perasaan tidak selesa ketika memandu.

Hasil tajaan Celcom Axiata, Xpax’s Whatchuwant? itu, kenderaan yang dimiliki oleh syafiq ini akan di‘makeover’ automotif dengan cara yang serius bagi membolehkan dia bergerak tanpa sebarang halangan tatkala berada diatas jalan raya. Macam mana agaknya keadaan kereta Syafiq ini nanti? Nantikan siaran episod 1 pada 30 November jam 10malam dan episod 2 pada 7 januari di saluran Astro 713..

Jom tengok video tahap keadaan kereta ‘Proton Satria’ Syafik ini :

SKIP THIS AD ×