berita

‘Pintu Lif Terbuka Secara Tiba-Tiba’ – Penduduk Cerita Detik Cemas Lif Terhempas Dari Tingkat 5

August 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas sahaja solat Jumaat pada hari ini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah insiden lif terhempas di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Harian Metro, seramai lapan orang mangsa mengalami kecederaan selepas lif tersebut terhempas dari tingkat lima bangunan berkenaan. Mangsa insiden tersebut terdiri daripada enam orang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Keadaan kelam kabut

Menurut Ahmad Shahid Imran, yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat, dia memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku selepas dirinya pulang dari solat Jumaat. Ketika itu, dia sedang menunggu lif untuk naik ke tingkat atas.

Namun setibanya di tingkat lima, pintu lif terbuka dan secara tiba-tiba terhempas ke bawah. Ketika itu, keadaan kelam kabut kerana pintu lif tidak tertutup dan kami yang berada di dalam lif menjerit ketakutan. Selepas terhempas, dia melihat individu yang berada dalam lif bergelimpangan dan dibantu orang ramai. Ada yang tidak boleh bangun, termasuk seorang kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU). Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Selepas membantu semua mangsa, saya pulang ke rumah.

Tambahnya, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku di kawasan projek perumahan berkenaan selepas kejadian pertama pada tahun lepas di mana seorang cedera. Dia juga mengakui bahawa trauma untuk menaiki lif tersebut selepas kejadian sebegitu berulang dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.

Patah kaki dan cedera

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikerjakan ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan. Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Mengulas lanjut, empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala yang lain mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki.

Kesemua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro & Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×