berita

#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?

December 27th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

ARIANA ROSE Drama PC-63

Sejak drama bersiri popular Love You Mr Arrogant yang pernah menjadi fenomena tak lama dahulu tamat siarannya, ramai yang tidak berpuas hati apabila sebuah lagi siri adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku (#PISA) menggantikan slot Akasia tersebut.

Daripada kebanyakan respon yang diberikan penonton, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pemilihan pelakon terutama sekali watak utamanya yang dikatakan kurang berbakat.

Malah sebaik sahaja PISA melabuhkan tirainya semalam, ramai pengikut drama tempatan di Twitter bersorak gembira. Walaupun respon tersebut agak mendukacitakan buat mereka yang menjayakan PISA, tapi itulah hakikat yang terpaksa mereka telan.

Screen Shot 2013-12-27 at 10.30.29

Screen Shot 2013-12-27 at 10.30.48

Bagaimanapun, sebuah drama bersiri baru berjudul Ariana Rose yang akan menggantikan PISA dikhabarkan mampu mencipta fenomena tersendiri.

1424512_552653628138540_1583828629_n

Drama yang diangkat dari novel popular The Wedding Breaker ini menampilkan Nur Fathia dan Keith Foo sebagai watak utamanya di samping pelakon-pelakon berbakat yang lain seperti Nabila Huda, Tasha Shila, Hisyam Hamid dan Arja Lee.

Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ariana Rose (Nur Fathia) yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam Kamil (Keith Foo) di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita (Tasha Shila).

ARIANA ROSE Drama PC-78

Tindakan Ariana yang mengaku sedang mengandungkan anak Tengku Adam menggamatkan suasana dan menyebabkan perkahwinan tersebut tidak diteruskan.

Apakah motif Ariana hingga sanggup mneghancurkan masjid yang bakal dibina oleh Tengku Adam? Dan persoalan terbesarnya, mampukah Ariana Rose membuatkan penonton tergesa-gesa pulang ke rumah dari pejabat untuk menonton drama ini?

Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan drama arahan Raja Alauddin Shah ini yang akan bersiaran pada 30 Disember 2013 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Tapi sebelum itu, jom tonton dulu trailer promo Ariana Rose dan foto-foto para pelakonnya di bawah ini. Semoga terhibur!