berita

‘Pistol! Pistol! Kak, Tolong Bukak Pintu!’ – Detik Cemas Kawasan Rumah Diceroboh Lelaki Tak Dikenali

November 19th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Benar kata orang, malang itu tidak berbau. Kita berdepan dengan pelbagai risiko jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Seperti perkongsian wanita ini, secara tiba-tiba kawasan rumahnya diceroboh lelaki berumur dalam lingkungan 20-an.

Sewaktu kejadian, suami berada di depan pagar menukar minyak hitam motorsikal. Lelaki tidak dikenali dalam keadaan cemas melulu masuk dan menyorok di belakang kereta yang diparkir. Tidak cukup dengan itu, dia mengetuk pintu memohon pintu dibuka kerana didakwa dikejar lelaki bersenjata.

‘Pistol pistol!’

Berhati-hati semua. Pintu sentiasa kunci dengan mangga, dengan rantai kapal ke apa bagai janji safety!!!! Malang tak berbau. Tadi dalam pukul 6.30 petang kawasan taman rinting, husband tengah tukar minyak hitam motor dekat depan rumah dan parents anak asuhan pun kebetulan sampai. Tengah berbual ada budak lelaki dalam umur 20an tinggi lampai, kulit hitam manis dengan muka ketakutan lari masuk pagar rumah saya sambil sebut PISTOL PISTOL tunjuk ke arah jalan luar.

Dia masuk dalam pagar dia menyorok belakang kereta saya. Anak asuhan dengan parents semua masuk balik dalam kreta. Husband intai dekat jalan luar nak tengok siapa yang kejar bawak pistol tapi takda sape-sape. Saya dengan anak lari masuk rumah kunci pintu, budak tu ketuk pintu sambil cakap ‘Kak, tolong kak bukak pintu!!!’ (aku dah gigil tahap pakinsen dah ketakutan). Husband halau dia suruh keluar dari pagar. Budak ni pun keluar dari pagar rumah saya pergi ke hujung jalan mati.

Sorok belakang kereta

Lepas je dia keluar dari pagar, tak lama lepas tu dalam 5 minit kebetulan jiran sebelah rumah pulak baru balik. Budak tadi tahan kereta jiran ni, masukkan tangan dekat seat sebelah samada nak ambil beg dekat seat sebelah ataupun nak bukak lock kereta supaya boleh masuk untuk sembunyikan diri ke apa wallahualam tak tahu niat dia apa. Jiran sempat naik kan cermin, tangan budak tu tersepit.

Budak tu terlepas je ada budak motor 2 orang kejar dia. Mungkin budak motor yang kejar tu yang dia maksudkan ada pistol. Samada budak motor tu polis ke apa wallahualam. Bawah ni kesan darah yang melekat masa budak tadi suruh aku bukak pintu. Anak aku trauma wehhh. Dari tadi cakap takut sambil sebut.. ‘Orang jahat orang jahat!!!!!’

Aku tak tahu kalau-kalau dalam poket budak tu ada pisau ke apa kan, kalaulah masa tu aku tak sempat kunci pintu. Tak tahu benda jadi. Hati-hati semua!!! Selalu dengar orang lain berdepan detik cemas, hari ni aku sendiri yang kena.

Nota bagi yang tak paham: Kira nya cite ni 2 kes dalam 1 masa, lepas dia masuk pagar rumah saya. Dia keluar tahan kereta jiran yang baru nak masuk simpang lorong kitorang.

‘Kak tolong kak bukak pintu!

Ni kedudukan kereta dekat rumah tadi. Kitorg laki bini siapa-siapa yang bawak kereta memang parking rapat ke dinding. Husband pernah cakap parking jauh-jauh nnti ada orang jahat sorok malam-malam belakang kereta kita bukan nampak. Budak tadi meluru lari dalam pagar, terus menyelinap masuk ikut tepi kereta. Sorok dekat situ. Pastu dia sorok pulak belakang bonet tu, lepas jugak badan dia tu. Masa badan dia rapat ke tingkap rumah tulah dia betul-betul berhadapan dengan aku yang tengah tahan pintu dari dalam rumah. Masa tulah dia pegang pemegang pintu sambil cakap ‘Kak tolong kak bukak pintu!!!!’

Husband dekat pintu pagar masa tu halau dia, dia panjat atas kereta dan terus blah. Motif dia masukkn tangan ikut cermin kereta masa jiran baru nak masuk simpang lorong ni pun kitorang tak pasti samada nak ragut beg yang ada kt seat tu atau pun nak bukak lock kereta nak selamatkn diri!!!! Masa tu pun dia sebut PISTOL PISTOL.. Ada yang tanya, pintu pagar mmg tak kunci ke??? Pintu pagar masa tu memang terbukak sebab kebetulan parents anak asuhan sampai nak ambil budak-budak. Lorong kitorang ni jalan mati, itu yang ikut dan dia je masuk pagar terbukak. Nak lompat hujung jalan mati tu kang tak pasal-pasal dia yang mati sebab tembok hujung jalan tu tinggi.

Sumber : Ain Amran Ain Delisha

The following two tabs change content below.