berita

PKP Ni Susah Nak Keluar Hantar Barang? Guna GrabExpress Je! Ada Penghantaran Segera Tau!

July 5th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Ketika PKP ni, pergerakan kita memang sangat-sangat terhad. Bukan itu sahaja, kita juga hanya boleh bergerak dalam radius 10km sahaja dari rumah kita menyebabkan urusan harian sedikit terhalang.

Masa ni lah memang korang sangat-sangat perlukan perkhidmatan penghantaran ni! Disebabkan tak boleh jumpa dengan keluarga atau kawan-kawan, jadi waktu ni lah korang ambil peluang untuk hantar barang atau makanan dekat mereka kan?

Lagi-lagi kalau korang merupakan seorang peniaga. Memang perkhidmatan penghantaran ni lah kawan baik korang! Tapi, korang mesti nak perkhidmatan yang cepat kan? Ha, gunalah GrabExpress ni! Mesti pelanggan korang happy dengan servis mereka!

Nak penghantaran segera atau penghantaran dalam 4 jam? Pilih je!

Bila hantar barang ni mesti korang nak cepat je sampai betul tak? Tapi, sebabkan ketika masa-masa begini ni ketersediaan orang tu berbeza-beza. Dengan jadual yang padat tu, live tracking GrabExpress ni boleh bantu korang untuk tengok dekat mana rider berada. Takda lah tiba-tiba je sampai depan rumah!

Jangan risau, dekat paparan GrabExpress tu nanti, korang boleh setkan nak hantar sekarang atau penghantaran 4-Hour.

Penghantaran 4-Hour ni menawarkan kadar harga yang lebih murah! Rider tersebut akan pastikan yang barang tersebut sampai dalam tempoh 4-Hour! Sangat sesuai untuk penghantaran yang tak urgent tu.

Kalau nak beli makanan yang korang craving tapi ianya terletak luar kawasan penghantaran GrabFood contohnya, pun boleh pakai GrabExpress. Korang minta je kedai tersebut untuk hantar pesanan korang tu guna GrabExpress!

Boleh sampai ngam-ngam masa korang nak lunch atau makan malam. Tak payah pening-pening fikir nak masak apa atau kena beratur panjang dekat supermarket tu.

GrabExpress juga ada borang penghantaran! Masalah salah info atau salah alamat boleh dielakkan

Yang buat lagi mudah, sebab GrabExpress ni ada borang penghantaran (Delivery Form)! Jadi, penjual atau penghantar boleh hantar terus borang tu dekat penerima untuk diisi sendiri. Jadi, segala info penerima seperti alamat, no telefon semuanya akan diisi sendiri oleh penghantar.

Dengan adanya feature ni, boleh la elakkan masalah salah info dan korang juga tak payah nak berbolak balik tengok ulang-ulang tengok info yang diberi tu! Lagi mudah dan jimat masa.

Paling best sebab korang boleh track rider tu sekarang ada dekat mana. So korang dekat rumah boleh siap sedia kalau rider dah nak sampai!

Tak nak turun atau tengah kuarantin? GrabExpress ada door to door delivery!

Bila tengah kerja ni paling leceh bila korang nak kene turun ambil barang betul tak? Bukan itu sahaja, dengan keadaan kini, ada juga yang tengah kuarantin di rumah.

GrabExpress menawarkan perkhidmatan ‘Door to door delivery’ dimana rider tersebut akan pick-up daripada rumah atau kedai korang dan hantar betul-betul depan rumah penerima (jika dibenarkan). 

Grab juga mempraktikkan ‘contactless delivery’ dimana korang boleh minta rider tersebut untuk ambil atau letakkan barang tersebut di tempat yang korang mahukan untuk mengekalkan penjarakkan sosial. Tak perlu bersemuka dengan penghantar pun!

Tapi korang jangan lupa untuk letakkan info yang lengkap seperti nombor rumah, blok dan juga aras rumah korang tau. Selain itu, alert juga telefon korang tu, kesian call abang Grab tak diangkat. Sebab ada kawasan perumahan yang tak boleh hantar sampai depan rumah jadi, sama-samalah kita mudahkan kerja delivery rider kita ok!

Cubalah sekarang! Pengguna baru boleh dapat diskaun!

Bila kita hantar atau terima sesuatu daripada orang ni, sedikit sebanyak boleh buatkan hari kita lebih bermakna! Untuk para penjual pula, mungkin ini merupakan cara baru yang korang boleh cuba untuk meningkatkan hasil jualan ketika PKP ni.

Kalau korang baru nak try keberkesanan perkhidmatan ni, ha Grab nak kasi diskaun untuk pengguna pertama kali! Hanya perlu masukkan kod promo ni OBEXPRESS dan boleh nikmati promo ni!

Berikut merupakan terma dan syarat yang korang perlu tahu sebelum gunakan promo tersebut:

  • 3 X penghantaran percuma GrabExpress per account
  • Valid untuk semua PENGGUNA BARU sehingga 31 Ogos 2021
  • Tidak boleh digunakan untuk penghantaran multi-stop
  • Terhad untuk 3000 penebusan sahaja

Ha korang yang lain pula  jangan lupa untuk sokong produk dan peniaga lokal ketika PKP ni tau! Korang boleh sokong dengan order barangan jualan mereka dan pilih GrabExpress sebagai medium penghantaran tu! Korang boleh sokong dengan order barangan jualan mereka dari Instagram, Facebook atau WhatsApp dan pilih GrabExpress sebagai medium penghantaran tu!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

SKIP THIS AD ×