berita

PKPB Di Selangor Dilanjutkan Hingga 20 Disember, Rentas Daerah & Negeri Dibenarkan

December 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor kecuali tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selama dua minggu bermula 7 Disember sehingga 20 Disember ini.

Sidang media PKPB

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah menunjukkan kes positif Covid-19 yang terkawal. Oleh itu, mesyuarat bersetuju agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor dilanjutkan kecuali di tiga daerah tersebut.

Di samping itu, atas penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, mesyuarat turut bersetuju akan menamatkan PKPB di Putrajaya. Manakala, PKPB akan diteruskan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran peningkatan kes yang direkodkan setiap hari. Bagi negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kesemua negeri ini akan kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.

Boleh rentas daerah dan negeri

Di akhir sidang media, Ismail Sabri turut memberitahu bahawa semua aktiviti rentas daerah dan negeri kini dibenarkan dengan kepatuhan terhadap SOP.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×