berita

Platform Baru unifi Ni Boleh Bantu Persiapan Raya Korang! Ramadan Tetap Ramadan, Raya Tetap Raya.

May 15th, 2020 | by Azyanshor
Kini Trending

Kami yakin ramai yang rasa persiapan Ramadan dan raya tahun ni agak berbeza. Tapi, jangan biarkan ia menghalang korang untuk menikmati keberkatan Ramadan dan kemeriahan Syawal kali ni. Korang masih lagi boleh menyambut Ramadan dan Lebaran dengan meriah!

Fesyen, makanan hingga ke kelengkapan rumah, semuanya ada di unifi Ramadan Raya!

Dengan unifi Ramadan Raya, korang boleh dapatkan pelbagai barangan untuk persiapan raya. Antaranya pakaian, aksesori, kuih raya, kelengkapan rumah dan macam-macam lagilah!

Tak salah ye untuk korang zahirkan rasa excited nak sambut raya. Yelah, raya kan hari kemenangan kita lepas berjaya tahan hawa nafsu selama sebulan.

Tercari-cari menu favourite bazar Ramadan PKPB ni? unifi ada list e-bazaar untuk korang!

Korang mesti tercari-cari menu kegemaran yang selalu dijual di bazar Ramadan sepanjang PKPB ni kan? Haa, pencarian korang kini berakhir! Di unifi Ramadan Raya ada beberapa e-bazaar yang korang boleh pilih! Konsep e-bazaar ni sama je macam bazar Ramadan biasa. Bezanya, korang buat pembelian dan pembayaran secara atas talian.

Jadi, korang dah tak payah nak sedih-sedih konon tak dapat merasa menu kegemaran bazar Ramadan okay! Yang bestnya, e-bazaar ni bukan hanya di KL tapi ada juga di Johor, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Raya lagi meriah dengan baju baru! Jom tengok apa yang ditawarkan

Baju lelaki, wanita dan kanak-kanak semuanya ada. Korang tinggal pilih je mana yang berkenan di hati. Yang pastinya, kebanyakkan jenama yang ada di platform ni jenama lokal tau. Jadi, sambil membeli korang juga dapat menunjukkan sokongan kepada jenama-jenama tempatan yang ada di Malaysia ni!

Sesi virtual bersama artis. Boleh buat projek DIY & cuba resipi sama-sama!

Sesi virtual Ramadan Raya ni boleh menguatkan lagi ikatan sesama umat dan boleh menaikkan semangat sepanjang tempoh PKPB. Ini kerana, unifi nak membantu korang untuk merasakan Ramadan dan Syawal kali ni tetap sama macam Ramadan dan Syawal yang terdahulu!

Dengan sesi virtual bersama artis korang boleh cuba pelbagai resipi dan projek DIY yang menarik bersama mereka tau.

Kalau korang nak tahu artis apa yang akan dijemput, boleh tengok jadual di bawah ni!

Kebudayaan:

Host: Radin

Tetamu:

  • Issey – 20 Mei, 1pm
  • Sam Bunkface 20 Mei  -10pm

Perdagangan:

Host: Yaya Zahir

Tetamu:

  • Betty Rahmad – 15 Mei, 4pm
  • Izzue Islam – 15 Mei 10pm
  • Ummi Nazeera -22 Mei, 4pm
  • Hazeman – 22 Mei, 10pm

Gaya Hidup:

Host: Yasmin Hani

Tetamu:

  • Diana Danielle – 16 Mei, 3pm
  • Zulin Aziz – 16 Mei, 10pm
  • Saharul Ridzwan – 19 Mei – 3pm
  • Kamal Adli – 19 Mei, 10pm

Kerohanian

Host: Hafiz Hamidun

Tetamu:

  • Mawi- 18 Mei, 4pm
  • Ustaz Fakhrul UNIC – 18 Mei, 10pm

Yang bestnya, sesi virtual ni bukan ada satu topik je tapi akan dipecahkan kepada 4 kategori. Topik pertama ialah Budaya, yang akan dihostkan oleh Radin. Artis jemputanya ialah Issey dan Sam Bunkface. Kategori kedua ialah Perdagangan yang akan dihostkan oleh Yaya Zahir. Artis yang terlibat ialah Betty Rahmad, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Hazeman!

Kategori ketiga pulak melibatkan Gaya Hidup. Dihostkan oleh Yasmin Hani, sesi ini akan melibatkan artis-artis seperti Diana Danielle, Zulin Aziz, Saharul Ridzwan dan Kamal Adli. Kategori Kerohanian pula akan dihostkan oleh Hafiz Hamidun. Ada Mawi dan Ustaz Fakhrul UNIC tau!

Jual barangan lokal? Jadi, peniaga SME bolehlah join platform ni?

YES! Boleh! unifi mengalakkan para lokal vendor untuk join unifi Ramadan Raya ni bagi memeriahkan dan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli. Hanya register je dekat link ni!

Platform ini sememangnya untuk membantu pengguna dan juga penjual untuk membeli belah dengan lebih senang ketika PKPB.

Tak cukup data nak usha unifi Ramadan Raya? Korang boleh nikmati sehingga 999GB* hotspot untuk RM59 je!

Walapun perintah berkurung kini dilonggarkan, tapi kebanyakkan masa rakyat Malaysia diwajibkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu. Tak kurang juga yang terpisah dari keluarga dan duduk bersendirian. So, internet dah jadi peneman korang panggil akrab ketika PKPB ni.

Risau internet tak cukup? Haa, unifi ada tawarkan pakej gempak untuk korang! Pengguna unifi kini boleh nikmati sehingga 999GB* data hotspot LTE pada harga RM59 je! Lebih mudahlah korang nak shopping di unifi Ramadan Raya, bekerja dari rumah atau nak hubungi yang tersayang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Korang kena cepat dan rebut peluang keemasan ni sekarang sebab tawaran ni terhad ketika PKPB je. Untuk maklumat lanjut mengenai 999GB hotspot, korang boleh klik dekat SINI.

Jangan lupa untuk singgah membeli belah di unifi Ramadan Raya! unifi mengucapkan salam Aidilfiti buat korang. Ramadan tetap Ramadan, Raya tetap Raya!

×