berita

PlayStation Anjur Days Of Play 2020 Sale! Banyak Penjimatan Untuk Dinikmati.

June 4th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Kalau korang perasan, baru-baru ni kecoh di media sosial yang PlayStation® bakal mengadakan Days Of Play 2020 Sale.

Khabarnya semasa Days Of Play 2020 Sale berlangsung korang boleh dapat controller, PS Plus Subscription dan pelbagai physical disk game dengan harga runtuh.

Sale kaw-kaw! Berbaloi beli…

Menurut PlayStation Asia, dengan adanya Days Of Play 2020 Sale, korang semua berpeluang untuk mendapatkan controller tambahan, physical disk dan PS Plus Subscription dengan harga diskaun yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Yang pastinya korang memang akan terkejut dengan harga yang diorang tawarkan. Antara physical disk yang korang boleh beli termasuklah The Last of Us Remastered Hits  dan God of War Hits. Dua game ni memang layan habis…

Days of Play 2020 sale bakal berlangsung bermula dari 3 hingga 16 Jun. Berikut adalah offer physical disk yang PlayStation Asia ada untuk korang:

Physical Disk Offer

  • Death Stranding Standard Edition
    • Harga offer RM 169, harga asal 239
  • Nioh 2 Standard Edition
    • Harga offer RM 169, harga asal RM 239
  • Sekiro: Shadows Die Twice
    • Harga offer RM 145, harga asal RM 209
  • Marvel’s Spider-Man Game of the Year,
    • Harga offer RM 119, harga asal RM 169
  • Dreams Universe
    • Harga offer RM 119, harga asal RM 169
  • Days Gone
    • Harga offer RM 119, harga asal RM 169
  • God of War Hits
    • Harga offer RM 55, harga asal MYR 79
  • The Last of Us Remastered Hits
    • Harga offer RM 55, harga asal RM 79
  • Uncharted 4: A Thief’s End Hits
    • Harga offer RM 55, harga asal RM 79
  • Ratchet & Clank Hits
    • Harga offer RM 55, harga asal RM 79

PlayStation Plus 12 Month Membership + Free 4 Months

Kalau tadi admin dah share dengan korang harga physical disk offer, kali ni min nak bagitau korang, jika k0rang langgan 12 bulan PlayStation Plus semasa Days of Play 2020 sale berlangsung, korang akan dapat menikmati extra langganan selama 4 bulan tau!

Untuk menikmati extra langganan selama 4 bulan ini, korang wajib beli dan tebus baucar langganan PlayStation®Plus 12-month, selewat-lewatnya pada 16 Jun, jam 11.59 malam.

Disamping itu, korang juga boleh dapatkan DUALSHOCK 4 Wireless Controller pada harga RM 179, harga asal RM 239 tau. Jimat RM 60. Rugi kalau tak grab. Boleh guna untuk main dengan kawan-kawan dan keluarga nanti.

** Tawaran ini hanya terhad kepada non-limited edition colors sahaja.

Ha! Confirm korang terkejut dengan deal yang PlayStation Asia tawarkan. Jadi, apa lagi yang korang tunggu, pastikan korang lock kalendar korang dan pastikan korang tak terlepas promosi hebat ni.

Nak lebih info berkaitan PlayStation Asia? Korang boleh klik link dibawah..

Website: PlayStation Store My

Facebook: PlayStation Asia

Instagram: PlayStation Asia

SKIP THIS AD ×