Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7, pelakon, Nabila Huda menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Mohd Izwan Johar. Menurut Nabila, suaminya seorang lelaki yang baik dan selalu membantunya dalam melakukan kerja rumah.
Sabar layan kerenah isteri
Dear husband, Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu. Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri.
Ujar Nabila, suaminya rajin memasak dan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, melipat kain serta mengemas rumah setiap hari. Bukan itu sahaja, Izwan juga seorang penghibur yang sentiasa membuat mereka ketawa. Paling penting, Nabila berkata Izwan sentiasa ada bersamanya tatkala susah mahupun senang.
We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok. I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar.
Sumber: Nabila Huda