berita

“Pleats Please” Wangian Terbaru Issey Miyake

July 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Issey Miyake merupakan sebuah jenama antarabangsa yang berasal daripada negara Jepun. Jenama ini telah lama mendominasi pasaran antarabangsa sejak tahun 1971 lagi. Jenama Issey Miyake merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen, kerana ia bukan sahaja menonjolkan rekaan pakaian yang cantik, malah turut menonjolkan produk wangian untuk jenamanya.

Pagi tadi bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, Issey Miyake telah melancarkan produk wangian terbaru daripadanya yang dikenali sebagai “Pleats Please”. Wangian ini diilhamkan untuk menyerlahkan lagi aura feminin dan kegembiraan wanita sebenar.

Produk wangian ini telah dihasilkan melalui gabungan beberapa elemen seperti Nashi, sejenis buah daripada negara Jepun, buah pear, kayu cedar dan juga vanila. Gabungan empat unsur ini dikatakan mampu menyerlahkan lagi personaliti feminin, ceria, dan emosi yang stabil buat wanita.

SKIP THIS AD ×