
Kalau dulu bila sebut sahaja berhenti di R&R (Rehat & Rawat), mesti tujuannya sama ada untuk isi minyak, ke tandas atau memenuhkan perut selepas penat memandu.
Memang ada betulnya, namun kini PLUS kini tampil dengan inisiatif baharu yang gempak habis untuk jadikan R&R mereka sebagai lokasi singgah yang bukan saja selesa, tapi juga insta-worthy!
R&R Ayer Keroh, Gurun & Rawang Kini Ada Tarikan Street Art!

Bukan sekadar tempat rehat biasa, (R&R Gurun Arah Selatan, R&R Ayer Keroh Arah Selatan, R&R Rawang Arah Utara) sekarang tampil dengan street art yang memang next level.
Korang akan disajikan dengan mural-mural unik dan penuh warna-warni bentuk mural yang mencerminkan budaya tempatan dan elemen kawasan setempat.
Setiap seni lukisan ni bukan sembarangan tau. Ia dilukis khas untuk buat korang rasa seakan “Eh jom singgah jap nak ambik gambar!”
Nak tahu apa yang lebih cool, street art ini boleh dilihat dari atas highway lagi!
Bukan Setakat Cantik, Siap Ada QR Code dan AR Effect!

Lebih membuatkan street art ni lagi wow, sesetengah mural ini siap dilengkapi dengan kod QR tersembunyi yang korang boleh imbas untuk unlock digital content, info menarik, dan juga AR experience yang interaktif.
Dalam erti kata lain korang bukan dapat selfie je, tapi korang juga boleh learn something new sambil bersantai.
Perfect Untuk Instagram & TikTok, Saja-Saja Singgah Pun Tak Rugi
Kalau korang jenis suka kongsi momen-momen best atas jalan, ini peluang korang! Mural di R&R ni memang pasti buat korang tak jemu untuk lihat dan ambil gambar.
Penuh dengan ilusi optik dan gaya. Sesuai sangat untuk posing secara berseorang mahupun berkumpulan.
PLUS Nak Bagi Pengalaman Lebih Daripada Sekadar Pandu Lalu

Melalui inisiatif ni, R&R bukan sahaja tempat persinggahan untuk rehat dan menjamu selera, tapi kini boleh juga nak bagi nilai tambah sepanjang korang travel.
Apa tunggu lagi, ayuh ambil peluang ini untuk road trip sepanjang lebuh raya PLUS dan check-in di lokasi menarik di dalam PLUS Passport melalui Aplikasi PLUS
Setiap check-in, anda akan kumpul mata ganjaran PLUSMiles dengan mudah!
Selain daripada operator lebuhraya, PLUS juga dikenali sebagai satu jenama yang prihatin, berinovasi dan meraikan warisan budaya Malaysia.
Buat korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info laluan, trafik dan promosi eksklusif, pastikan korang muat turun aplikasi PLUS yang tersedia di App Store dan juga Google Play.
Oh ya, jangan lupa guna hashtag #RnRPLUS dan #RnRPunAdaArtLah serta tag PLUS bila post di media sosial okay?






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
