berita

PM Lancar PEMERKASA, Ini Antara Intipati Yang Bakal Beri Manfaat Kepada Rakyat

March 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadu telah mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM20 billion untuk mengurangkan beban rakyat dalam menempuh situasi COVID-19 serta membantu memacukan semula ekonomi negara.

Geran khas prihatin 3.0

Foto : Bernama

Antara yang menarik perhatian ramai ialah Geran Khas Prihatin 3.0 yang akan diteruskan oleh kerajaan bagi membantu perusahaan mikro dan PKS. Kesemua perusahaan mikro dan PKS yang layak bakal menerima bantuan daripada kerajaan secara ‘one-off’ yang bernilai sehingga RM1000. Permohonan GKP 3.0 akan dilaksanakan bermula 1 April.

Inisiatif RM300 untuk peranti digital

Foto : Berita Harian

Pada pembentangan belanjawan 2021 yang lepas, kerajaan telah menyediakan sebanyak RM180 subsidi pembelian telefon kepada semua penerima BPR yang layak. Namun kerajaan berbesar hati untuk menambah jumlah tersebut kepada RM300.

Peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan insya-Allah, akan dilancarkan pada awal Mei. Saya menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota tambahan.

Disamping itu, perkhidmatan jalur lebar 5G dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat bermula pada hujung tahun ini.

Inisiatif RM500 untuk B40 yang hilang kerja

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada golongan B40 yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19.

Selain itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1000 ke bawah.

Kedua-dua inisiatif khas ini akan disalurkan bermula Jun hadapan.

Bantuan beli barang dapur

Peruntukan sebanyak RM100 juta akan disediakan bagi program bantuan beli barangan dapur melalui inisiatif bantuan pembelian secara tanpa tunai.

Perdana Menteri juga berkata, program ini dijangka memberi manfaat kepada 300,000 isi rumah miskin bandar bagi membeli bekalan makanan asas.

Nilai kredit eBelia naik RM150

Program eBelia yang bertujuan menggalakkan budaya transaksi ‘cashless’ akan ditambah baik dengan bantuan yang ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150 yang bermula Jun ini. Perdana Menteri juga berkata, program berkenaan yang khusus untuk golongan berumur 18 tahun hingga 20 tahun serta pelajar IPTA akan memanfaatkan 2 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam projek keusahawanan, program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan untuk 2021 bagi program ini sebanyak RM21 juta.

Kerajaan berusaha sehabis baik bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dan PEMERKASA adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

SKIP THIS AD ×