berita

Pokok Apa Yang Mahal Sampai RM80 Ribu Tu?

May 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buat peminat pokok, sudah pasti korang tahu pokok mana yang sesuai, berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi sekiranya hendak dijadikan perhiasan di rumah.

Di Facebook, seorang peniaga pokok yang dikenali sebagai Nor Hidayah, berkongsi kisah mengenai pembeli pokok ‘billitae variegated’ yang dijual olehnya.

Untung RM50 ribu

Owner beli pokok ni dengan sis pada bulan November 2020 dengan harga RM 24 ribu. Hari ini rezeki owner boleh jual balik RM80 ribu. Beli emas boleh ke untung RM50 ribu dalam 6 bulan? Tak rugi beli pokok. Sekarang untuk satu billitae variegated sedaun regular price dalam RM12 ribu hingga RM15 ribu. Satu lagi, nilai duit setiap kita tak sama.

Menurut Hidayah, dia telah menjual pokok billitae variegated kepada seorang pembeli pada bulan November tahun lalu. Pada masa tersebut, harga pokok billitae variegated bernilai RM24 ribu. Selepas enam bulan, pembeli tersebut telah menjual semula pokok itu dan mendapat RM80 ribu. Jelas Hidayah, pembeli sangat bertuah kerana meraih untung sebanyak RM50 ribu. Tambahnya lagi, jual beli pokok juga mendatangkan keuntungan selain daripada membeli emas.

Kena buat kelas pokok ni

Kena buat kelas pokok ni. Rupanya ramai ahli dalam ni tak tahu lagi nilai dan harga pokok. Ke nak masuk group Whatsapp. Takut tak dan sehari korang left.

Ujar Hidayah lagi, ramai dalam kalangan netizen yang masih tidak percaya mengeni harga pokok tersebut. Oleh itu, dia bercadang untuk membuat kelas mengenai pokok. Di samping itu, group Whatsapp turut disediakan buat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pokok.

Maaf pembeli yang baru tak layan viral. Nanti dah sampai rumah, kita minta dia snap foto pokok okay.

Sumber: Nor Hidayah via Kelab Aroid, Caladium & Sansevieria Murah

SKIP THIS AD ×