berita

Polis Beri Penjelasan Isu Video Warga Emas Didakwa ‘Culik’ Remaja OKU

June 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu rakaman video mengenai seorang warga emas yang didakwa telah menculik remaja Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mencetus kemarahan orang ramai yang berada di tempat kejadian. Lebih teruk lagi apabila seorang wanita dilihat telah masuk ke dalam kereta terbabit lalu memukul warga emas berkenaan.

Tiada sebarang unsur penculikan

Walau bagaimanapun, Ketua polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed telah mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku di Bandar Country Homes, Rawang itu tiada sebarang unsur penculikan. Malah sebenarnya lelaki yang berusia 80 tahun itu hanya hendak menolong remaja OKU itu sahaja.

Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati remaja OKU berumur 16 tahun itu sebenarnya bertindak menahan sebuah kenderaan yang sedang melalui kawasan terbabit dan ibunya tidak menyedari anaknya telah berjalan seorang diri kerana sedang membeli sarapan pagi pada pukul 9 pagi.

Lelaki terbabit membenarkan remaja berkenaan berbuat demikian kerana beranggapan dia meminta tolong.

Namun, ketika menyedari bahawa anaknya telah hilang, ibunya dikatakan terus bertanya kepada peniaga yang sedang berniaga di kawasan itu sebelum kenalan ibunya memuat naik video kejadian berkenaan di WhatsApp.

Laporan polis telah ditarik balik

Video berkenaan memaparkan remaja tersebut mengikuti seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang berwarna kelabu sebelum orang awam menahan kereta berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan berlau.

Siasatan lanjut mendapati bahawa lelaki berkenaan sebenarnya tidak pasti hendak membawa remaja berkenaan kemana kerana remaja tersebut hanya mendiamkan diri sehingga orang awam menahan keretanya.

Bagaimanapun, ibu remaja berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis dan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, namun setelah mengetahui perkara sebenar dia telah menarik balik laporan polis tersebut.

Remaja OKU didakwa diculik oleh seorang warga emas

Sumber : Bernama , Fareez Azman

SKIP THIS AD ×