berita

Polis Buru Suspek Terlibat Dalam Video Judi Raya

April 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Astro Awani

Dua video yang tular mengenai judi raya kini menjadi perhatian orang ramai serta pihak polis. Lelaki yang dipercayai merupakan ejen pembikinan dua video berkenaan kini diburu dan pihak polis mempercayai video kedua berkenaan daripada produksi yang sama.

Lelaki dipercayai ejen pembikinan video diburu

Foto kredit : Astro Awani

Kini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai merupakan ejen kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, lelaki yang berusia 35 tahun itu telah terlibat dalam sebaran video yang mempromosikan perjudian dalam talian. Pihak polis juga dapat maklumat bahawa seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe boleh membantu dalam siasatan manakala lapan daripada individu  yang ditahan sebelum ini, dua individu akan direman pada esok.

Terbaharu, kita telah menahan seorang suspek yang kita percaya boleh mebantu siasatan dalam kes tersebut.

Video kedua dipercayai dari produksi yang sama

Walau bagaimanapun, pihak polis juga percaya bahawa video judi raya yang kedua merupakan daripada pihak yang sama juga. Pada awal siasatan dikatakan pelakon di dalam kedua-dua video berkenaan saling mengenali antara satu sama lain.

Cuma pelakon sahaja berbeza, namun pelakon video pertama dan kedua ada kaitan. Mereka saling mengenali jadi kita sedang mengesan mereka lagi.

Jelasnya, pihak polis juga telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penerbit, para pelakon serta dalang disebalik pengeluaran video berkenaan.

Pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memudahkan lagi siasatan dijalankan.

Sumber : Astro Awani 

SKIP THIS AD ×