berita

Polis Cari Lelaki Gunting Bendera Malaysia Tepi Jalan, Netizen Cakap ‘Nampak Macam Tak Sihat’

August 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menggunting Jalur Gemilang yang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Cetus rasa marah

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera. Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.

Ujar netizen, perbuatan lelaki tersebut telah mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang orang awam lebih-lebih lagi melihat Jalur Gemilang dirosakkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Video

@iekakartika__Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan? original sound – AfiqNeyo

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×