berita

Polis Cari Lelaki Tampar, Baling Selipar Dekat Pengutip Kotak

July 15th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Traffic Info Crew

Semalam tular sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki bertindak menampar dan membaling selipar terhadap seorang pengutip kotak di hadapan sebuah stesen minyak, di Taman Putri, Kulai, Johor.

Halau mangsa dari lokasi

Foto: Traffic Info Crew

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata sedang menyiasat kes tersebut selepas mengesan sebuah hantaran yang dimuat naik di laman media sosial. Menerusi video tersebut, lelaki yang berhenti di hadapan stesen minyak itu dilihat sedang berkomunikasi dengan seorang pengutip kotak sebelum bertindak menampar mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, seorang lelaki tempatan telah hadir membuat laporan dalam kejadian berlaku pada Isnin lebih kurang 2.18 pagi itu.

Mangsa memberitahu semasa kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak, dia didatangi seorang lelaki tidak dikenalinya yang menunggang motosikal dan memintanya beredar dari kawasan tersebut.

Lelaki tersebut telah bertindak menampar muka mangsa dan membaling selipar serta cuba tendang dengan kaki untuk halau mangsa.

Hasil siasatan, mangsa yang duduk di lokasi kejadian hanya kerana hendak mencari kotak. Tambah mangsa, dia tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak pernah nampak individu yang menyerangnya itu sebelum ini.

Tiada kecederaan serius dialami, mangsa hanya sakit dibahagian badan.

Tambah Tok, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Pihak polis juga meminta saksi kejadian tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor, Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401 866.

Sumber: Polis Daerah Kulai

SKIP THIS AD ×