berita

Polis Dalam Proses Rakam Keterangan Nadir Al-Nuri & Caprice

July 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh beberapa individu terhadap dirinya.

Artikel berkaitan : ‘Itu Adalah Palsu’ – Nadir Al-Nuri Nafi Dapat Sumbangan RM20 Juta Setiap Tahun

Artikel berkaitan : ‘Itu Adalah Fitnah & Melampau’ – Ebit Lew Nafi Bayar Mahal Nak Masuk Gaza

Artikel berkaitan : ‘Cukuplah Sampai Sini Ya’ – Ebit Lew Maafkan Semua, Tak Mahu Panjangkan Isu Bantuan

Kini, pihak polis dalam proses untuk merakamkan keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri serta penyanyi rap, Caprice mengenai isu misi bantuan di Gaza, Palestine.

Belum rekod percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, proses rakaman percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice dibuat bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ebit Lew pada 22 Julai lalu.

Kita belum rekod percakapan dua individu ini dan belum ada tarikh lagi. Polis sedang berusaha untuk berbuat demikian.

Ujarnya lagi, setakat ini hanya rekod percakapan pendakwah terkenal itu sahaja yang telah diambil. Jika ada sebarang perkembangan terbaru, pihak polis akan memaklumkan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×