berita

Polis Edar Gambar Saksi Utama Kes Belasah Isteri Hamil Sampai Masuk ICU

May 19th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rosmaini Abd. Raof kerana disyaki memukul dan mencederakan isteri yang sedang sarat hamil.

Pukul isteri sampai cedera parah

Mangsa (Foto: Kosmo)

Memetik laporan Kosmo, sebelum ini seorang wanita yang berkerja di sebuah jabatan kerajaan di Johor telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dibelasah oleh suaminya. Hasil daripada pemeriksaan mendapati, tengkorak kepala wanita yang sedang hamil empat minggu itu terpaksa dibuang akibat pendarahan. Bukan itu sahaja, rahang, tulang belakang serta tulang rusuk mangsa juga mengalami keretakan. Lebih menyedihkan apabila mengetahui, selepas mangsa yang berusia 43 tahun itu kembali sedarkan diri, dia kemungkinan akan mengalami hilang ingatan.

Berikutan daripada insiden itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah mengedarkan gambar gambar seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga merupakan saksi utama kejadian kes pukul isteri yang disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang mengesan selain meminta individu tersebut tampil untuk membantu siasatan.

Alamat terakhir lelaki yang juga peniaga itu adalah A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan ditalian 07-2182323 atau Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×