berita

Polis Indonesia Gelar Rusuhan ‘Lempar-Lempar Air’, Syed Saddiq Taichi Soalan Panas Ini, Jamin Tuntut Keadilan

September 7th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia antara Malaysia melawan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dicemari dengan insiden memalukan. Penyokong Indonesia seakan tidak dapat menerima hakikat bakal kalah apabila kedudukan berjaya diikat 2-2 lalu penyokong Malaysia dihujani balingan botol, objek tajam dan bom asap.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini memberi jaminan akan menuntut keadilan buat rakyat Malaysia apatah lagi, ada penyokong Malaysia yang tercedera dalam insiden tersebut.

Kalau hanya ‘lempar-lempar air’

Satu laporan CNN Indonesia berhubung insiden berkenaan yang melaporkan ketua polis daerah di sana menggelar rusuhan berkenaan ‘hanya lempar-lempar air’ mendapat perhatian menteri muda ini.

Syed Saddiq kemudiannya membalas tweet CNN terbabit dengan beberapa persoalan antaranya jika benar hanya satu insiden kecil ‘lempar-lempar air’, kenapa perlawanan dihentikan, gas pemedih mata ditembak dan mereka dikuarantin selama 2 jam.

Apa yang lebih mengejutkan, menteri ini juga mengatakan, ada penyokong Harimau Malaya yang dibaling objek besi oleh pihak lawan.

Dapat sokongan lapor kepada FIFA

Sumber: Syed Saddiq, CNN Indonesia

The following two tabs change content below.