berita

Polis Kedah Akan Periksa Rumah Banyak Kasut & Selipar Ketika Hari Raya Aidilfitri

April 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Utusan Malaysia

Polis Kedah akan memeriksa rumah yang mempunyai kasut dan selipar yang banyak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Rondaan dari rumah ke rumah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, pihak polis akan membuat rondaan dari rumah ke rumah untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan merentas negeri sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri Kedah.

Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa.

Pihak polis telah mendapat arahan bagi melakukan rondaan untuk melihat rumah yang mempunyai kereta yang banyak akan diperiksa juga.

Pemeriksaan secara terperinci

Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, pihaknya telah mengarahkan semua anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) bagi melakukan pemeriksaan yang lebih ketat lagi untuk mengesan individu yang cuba meloloskan diri, selain daripada menggunakan permit palsu.

Arahan daripada pihak polis kepada semua anggota di SJR serta pasukan pemantauan telah dikeluarkan bagi pemeriksaan surat secara terperinci dan lebih tegas.

Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di Portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×