berita

Polis Masuk Taman Perumahan, Kampung Buru Individu Rentas Negeri Tanpa Permit

May 19th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini hanya membenarkan perjalanan merentasi daerah sahaja. Mana-mana individu atau pihak yang melanggar larangan rentas negeri boleh dikenakan tindakan kompaun.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang berjaya meloloskan diri merentas negeri bagi tujuan pulang menyambut hari raya di kampung. Oleh itu, menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan itu dan akan mengunjungi ke kediaman individu tersebut pada hari raya nanti.

Tinjau rumah di seluruh negara

Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pihak berkuasa memandang berat larangan rentas negeri ini. Terutama sekali perjalanan yang dilakukaan tanpa kebenaran polis dan bertujuan semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Polis ada rekod yang diberi permit

Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri.

Tambahnya lagi, pihak polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit yang sah untuk melakukan rentasan negeri. Hal ini kerana segala butiran dan rekod individu yang dibenarkan melakukan rentasan pergerakan antara negeri ada pada pihak polis.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×