berita

Polis Minta Mat Motor ‘Berjoget’ Sambil Lepas ‘Handle’ Atas Lebuh Raya Tampil Serah Diri

April 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki yang ‘berjoget’ semasa menunggang motosikal dalam satu video viral.

Maklumat pemilik motosikal telah dikesan

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, JSPT memaklumkan bahawa lelaki itu dilihat menunggang motosikal dengan kedua-dua tangannya tidak memegang ‘handle’. Jelas JSPT, aksi lelaki itu boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada dirinya serta pengguna jalan raya yang lain.

JSPT telah berjaya mengesan alamat pemilik motosikal dan meminta penunggang motosikal tersebut supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk menghubungi mana-mana Balai Polis Trafik yang berdekatan dengan kadar segera.

Selain itu, JSPT turut menasihatkan penunggang motosikal agar sentiasa memegang ‘handle’ motosikal dengan betul.

Ini diperincikan di bawah Kanun Lebuhraya LN 165/59 iaitu mengenai sikap, berhemah, perbuatan yang tidak berhemah, kelajuan dan lain-lain lagi demi keselamatan pengguna jalan raya

Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 39 saat yang memaparkan aksi ‘berani’ seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memegang kedua-dua ‘handle sambil melakukan aksi seolah-oleh ingin ‘terbang’ sehingga motosikalnya tidak stabil dan terhuyung-hayang di sebuah lebuh raya sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Video

@goodymy_official

Man seen riding bike dangerously. #beritatiktok #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #newsattiktok #beritaterkini #malaysianews #beritaviral #malaysiatiktok

? original sound – goodymy_official – goodymy_official

Sumber: Facebook, goodymy_official

SKIP THIS AD ×