berita

Polis Panggil Pasangan Instafamous Beri Keterangan Isu Rentas Negeri

March 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, seorang Instafamous berkongsi gambar dipercayai sedang berbulan madu di laman Instastories hingga mencetuskan persoalan ramai. Tindakan pasangan ini merentas negeri bagaimanapun telah mencetuskan pertikaian netizen memandangkan sekarang kita semua masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel berkaitan: Instafamous Mengaku Rentas Negeri Pergi Honeymoon?

Terbaru, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju iaitu Superintendan Ashari Abu Samah telah memanggil Instafamous tersebut untuk memberi keterangan berhubung isu didakwa merentas negeri untuk berbulan madu bersama suami di Johor Bahru.

Rentas negeri urusan perniagaan

Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan suami kepada Instafamous berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan telah membuat permohonan untuk rentas negeri bagi urusan perniagaan di Balai Polis Wangsa Maju pada 15 Mac lalu. Dia turut mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

Berdasarkan kenyataan media, suami kepada Instafamous itu mendapat kelulusan merentas negeri dari pihak polis bermula 17 hingga 20 Mac 2021.

Pada Jumaat lalu, mereka memuat naik gambar di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan tular di media sosial sehingga mendapat kecaman oleh netizen termasuk ada yang mempersoalkan kebenaran rentas negeri diberikan polis kepada pasangan itu untuk tujuan berbulan madu.

Susulan isu berkenaan, pasangan itu dipanggil memberi keterangan di IPD Wangsa Maju.

Menginap di resort

Pasangan itu mengesahkan menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan dan mengemukakan bukti serta resit tempat penginapan. Malahan, mereka juga mengaku tindakan memuat naik gambar di Instagram milik isteri yang bersifat peribadi tetapi ditularkan pula di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju menasihati orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri supaya berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri dikeluarkan oleh polis.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×