berita

Polis Rampas 284 Kotak Berisi Beg Tangan Berjenama, Netizen Bengang Dengan Bekas PM

May 18th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam,  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah melakukan pemeriksaan ke atas satu daripada tiga unit kediaman mewah di Pavilion Residence Apartment, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan : ‘Najib Tidak Puas Hati Rumah Digeledah Terlalu Lama’ – Peguam

Terbaru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh telah mengesahkan barang rampasan yang dilakukan ke atas bekas PM Malaysia. Hal ini membuatkan netizen naik bengang.

284 kotak berjenama

https://www.facebook.com/MohdAidiel88/videos/333688997159577/

Kami telah merampas sebanyak 240 kotak barang berjenama. Jumlah wang dan pemeriksaan teliti mengenai harga itu tidak dapat dibuat kerana jumlahnya banyak. Kami akan buat pemeriksaan secara terperinci esok hari.

Ini 284 kotak beg, jumlah 72 termasuk wang USD dan beberapa wang asing.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata bagasi yang dirampas turut mengandungi mata wang asing dalam pelbagai denominasi. Tegas pihak polis, pengeledahan ini bertujuan bagi mensiasat kes berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak polis juga tidak mengambil apa-apa dokumen, namun mereka hanya merampas sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan.

Netizen bengang

Sumber : Mohd Aidiel

SKIP THIS AD ×