Viral di media sosial satu hantaran mengenai seorang influencer yang ditahan polis selepas didapati memandu tanpa lesen sah di ibu negara. Menurut posting tersebut, influencer berkenaan ditahan pihak polis ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, semalam.
Keluar notis saman
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, pihak polis telah mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.
Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan.
Meskipun nama influencer tersebut tidak didedahkan, rata-rata netizen menyatakan bahawa ‘influencer’ yang disaman polis itu adalah Haqiem Stopa. Ini kerana, beberapa foto mengenai pemuda tersebut sudah viral di media sosial.
Sumber: Harian Metro