berita

Polis Sahkan Sudah Terima Laporan Video ‘Prank’ Tarik Tudung

July 6th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Foto: Edit_Lew

Tular baru-baru ini sebuah rakaman video yang memaparkan seorang YouTuber tempatan yang menghasilkan video ‘prank’ menarik tudung wanita di kawasan awam. Terkini, polis telah menerima satu laporan berhubung video ‘prank’ itu.

Buat video untuk popular

Foto: Edit_Lew

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memberitahu seorang lelaki yang memuat naik video itu telah tampil membuat laporan polis pada Isnin.

Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu.

Tambah Ashari, pihaknya juga belum menerima laporan daripada dua wanita berkenaan pada masa ini.

Pada Isnin, tular di laman Twitter apabila seorang pengguna menzahirkan kemarahan terhadap seorang YouTuber tempatan yang menghasilkan video ‘prank’ menarik tudung wanita di kawasan awam.

Rata-rata wargamaya mengecam YouTuber setahun jagung itu dan menyatakan hanya mahukan populariti segera dengan menghasilkan konten yang tidak bermanfaat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×