berita

Polis Sahkan Tangmo Nida Mati Bukan Dibunuh, 6 Individu Terlibat Didakwa

April 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selepas siasatan selama dua bulan ke atas kematian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida selesai, akhirnya pihak polis membuat kesimpulan bahawa pelakon itu meninggal disebabkan lemas dan bukannya terjatuh dengan sengaja ke dalam Sungai Chao Praya serta disebabkan kecuaian rakan-rakannya.

Artikel berkaitan : Berang Dituduh Mata Duitan, Ibu Tangmo Nida Mengamuk Nak Saman Netizen

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Kan Dah Kena’– Netizen ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

Artikel berkaitan : Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Artikel berkaitan : Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial

Siasatan kematian Tangmo selesai

Menerui laporan Thai PBS World,

pihak polis menegaskan bahawa kematian Tangmo bukanlah kes bunuh berikutan tiada bukti mahupun motif pembunuhan mangsa. Lebih 20 kecederaan, lebam serta luka ditemui pada badan mangsa dan paling ketara di bahagian pahanya disebabkan oleh kipas bot.

Menurut Pesuruhjanya Polis Wilayah 1, Leftnan Jeneral Jirapat Bhumijit, pasukan forensik menggunakan patung untuk dijadikan sebagai simulasi ketika Tangmo terjatuh daripada bot dan mendapati bahawa kecederaan yang dialami adalah selari dengan kesan luka yang ada pada mayat mendiang.

Ujarnya lagi, hanya Sand sahaja yang mendakwa Tangmo membuat air kecil di belakang bot sebelum terjatuh ke dalam sungai. Bukan itu sahaja, pihak polis turut mengumumkan bahawa mereka akan mendakwa kelima-lima individu yang berada pada hari kejadian serta seorang lelaki yang didakwa bertindak sebagai penasihat yang dikenali sebagai ‘M’ atau ‘Peem’.

6 individu didakwa

Susulan daripada itu, Por didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian, memberi kenyataan palsu, mengemudi kapal tanpa lesen serta membuang sampah. Manakala, Bert didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian orang lain, memandu bot dengan lesen tamat tempoh serta membuang sampah.

Dalam pada itu, Job pula didakwa cuba untuk memusnahkan bahan bukti dan melepaskan orang lain daripada tuduhan membunuh serta membuang sampah. Bagi Sand pula, didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian orang lain dan Gatick didakwa kerana memberi kenyataan palsu kepada polis, cuba memusnahkan bukti dan melepaskan orang lain daripada tuduhan membunuh.

Selain itu, individu yang dikenali ‘M’ didakwa kerana menghasut suspek dan memberikan kenyataan palsu kepada pihak polis serta memusnahkan bahan bukti.

Pihak polis turut mengatakan bahawa mereka sudah menyoal siasat seramai 124 saksi termasuklah pakar forensik serta sudah menyiapkan kertas siasatan setebal lebih 2,000 muka surat dan meneliti lebih 300 bahan bukti. Fail kes juga sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : thaipbsworld

SKIP THIS AD ×