berita

Polis Sahkan Tiada SOP Tak Boleh Keluar Sebelum 8 Pagi

May 27th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Susulan video tular di media sosial membabitkan seorang pemandu sebuah kereta ditahan anggota trafik dalam sekatan jalan raya di Seksyen 31, Shah Alam semalam, pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan tiada operasi standard (SOP) yang melarang orang ramai keluar sebelum jam 8 pagi.

Tiada arahan sedemikian

Menerusi video berdurasi kurang 1 minit itu, terdapat perbualan antara anggota trafik dan pemandu terbabit yang bertanya mengenai surat pergerakan serta tujuan pemandu itu keluar ketika jam menunjukkan pukul 7.56 pagi. Pihak polis bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kompaun.

Anggota itu juga menerangkan SOP pergerakan PKP, bagaimanapun tiada sebarang kompaun dikeluarkan kepada pemandu berkenaan.

Kita ingin menegaskan bahawa tiada SOP yang menyatakan kenderaan tidak boleh berada di atas jalan raya bermula jam 8 malam hingga 8 pagi

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×