berita

Polis Serbu Kilang Proses Kondom Terpakai Untuk Dijual Semula

September 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Penggunaan kondom sering digunakan bagi pasangan yang merancang kehamilan dan bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit-penyakit kelamin.

Di Ho Chi Minh, Vietnam, pihak polis merampas 345,000 kondom terpakai yang telah dibersihkan dan dijual semula kepada orang awam.

Kondom diguna semula

Gambar sekadar hiasan

Ketika serbuan, pihak polis merampas kira-kira 345,000 kondom terpakai yang telah dibersihkan, dibungkus, dan dijual semula kepada orang awam. Pihak polis menemui beg besar berisi kondom itu di sebuah gudang di wilayah selatan Binh Duong. Berat beg tersebut mencecah 360 kg.

Menurut wanita yang ditahan ketika serbuan, kondom terpakai itu diterima oleh orang yang tidak dikenali yang menghantar bekalan kondom tersebut kepada kilang itu. Wanita tersebut dibayar $ 0.17 (kira-kira 0.70 sen) bagi setiap kilogram kondom kitar semula yang telah dihasilkan.

Proses ‘recycle’

Gambar sekadar hiasan

Wanita yang ditahan itu, turut menceritakan proses kitar semula kondom yang dilakukan selama ini. Kondom yang telah digunakan akan direbus terlebih dahulu menggunakan air panas kemudian dijemur untuk proses pengeringan. Seterusnya, kondom itu akan dibentuk semula menggunakan sebuah alat khas sebelum dibungkus seperti kondom biasa yang berada di pasaran.

Penggunaan kondom yang telah digunakan semula adalah sangat berbahaya dan kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja bagi setiap penggunaan. Menurut Dr Nina Caroll, risiko penggunaan kondom yang telah digunakan adalah tinggi dah boleh menyebabkan kebocoran pada kondom itu.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×