berita

Polis Siasat Insiden Video Viral Lelaki Beri Bayi Minum Arak

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai beralkohol kepada seorang bayi menimbulkan kemarahan orang ramai selepas video tersebut viral di media sosial hari ini. Menerusi laporan Utusan Malaysia, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Beri minuman alkohol

Menerusi video berdurasi 30 saat, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dilihat sedang memberi minuman keras tersebut kepada seorang bayi yang berada di atas ribanya. Turut kedengaran suara seorang wanita yang bertutur dalam bahasa Tamil. Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau.

Laporan dibuat agar pihak polis membuat siasatan terhadap pelaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang. Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel, pihaknya telah membuat satu laporan polis selepas melihat kiriman video tersebut. Tambah beliau, pihaknya turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan dan membuat ujian darah terhadap bayi tersebut bagi memastikan anak kecil tersebut tidak terdedah dengan kandungan alkohol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang terlibat.

Sumber: Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×