berita

Polis Siasat Video ‘Joget’ Tak Pakai Pelitup Muka Di Dewan Hotel

July 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Viral sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan wanita menari sakan di sebuah dewan yang didakwa tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial. Tindakan tersebut bagaimanapun telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan.

Menari tanpa pakai face mask

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah dewan hotel di Shah Alam pada April lalu. Pihaknya telah menerima aduan dan menerima video berdurasi 1:34 minit itu daripada orang awam pada hari Ahad, baru-baru ini.

Dalam laporan yang dibuat, pengadu mendakwa kumpulan tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial di antara satu sama lain.

Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan sekumpulan individu itu dipercayai berlaku di sebuah hotel di Shah Alam ketika menghadiri kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia.

Sementara itu, memetik laporan Malaysia Kini pula, difahamkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun turut hadir dan telah meninggalkan majlis tersebut setelah merasmikan Bersatu itu.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021. Kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan ke atas individu manakala RM10,000 ke atas penganjur jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian, Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×