berita

Polis Siasat Video, Mesej Lucah Di Telegram Didakwa Babitkan Pendakwah Terkenal

September 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu video serta mesej lucah tular di laman Telegram yang mendakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal. 

Tular video dan mesej lucah dari pendakwah terkenal

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, siasatan mengenai kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman. 

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Dalam pada itu, Abd Jalil memaklumkan jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta untuk menyalurkan informasi tersebut ke Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Mohd Khabir Afandi. 

Walau bagaimanapun, pihak polis menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak salah menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menjejaskan siasatan pihak polis. 

Sumber : Sinar Harian 

SKIP THIS AD ×