berita

Polis Terkejut Wanita Tergamak Kurung Bapa Dalam Bilik Penuh Sampah, Dibiarkan Tidur Atas Katil Kayu

September 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja biarpun sanggup berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anak tercinta. Malah terlalu banyak pengorbanan mereka yang mungkin kita tidak sedari selama ini, termasuklah perasaannya.

Tetapi siapa sangka, seorang anak berusia 54 tahun tergamak mengurung bapa kandungnya di dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Terdengar suara tangisan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, pada awalnya pihak polis telah mengeluarkan waran dan membuat serbuan ke rumah wanita terbabit yang dikenali dengan nama Leticia kerana disyaki mencuri. Pihak polis kemudian mengeluarkan beberapa barang dari rumah tersebut yang terletak di Celaya, Guanajato. Namun, pada masa yang sama, mereka terdengar satu suara tangisan dari dalam sebuah bilik.

Mereka yang mengesyaki sesuatu terus mencari dan alangkah terkejutnya apabila melihat seorang warga emas lelaki yang keadaannya tidak terurus berada dalam satu bilik yang sangat kotor. Menurut sumber, lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Bonifacio telah dikurung oleh anaknya sendiri, Leticia.

Dikurung dalam bilik usang

Foto yang dikongsikan oleh polis perbandaran Celaya menunjukkan keadaan bilik tersebut sangat suram selain dipenuhi dengan sampah sarap dan pakaian kotor. Bukan itu sahaja, Bonifacio dikatakan terpaksa tidur di bahagian bawah katil double decker kayu tanpa beralaskan tilam. Bonifacio yang kini berusia 87 tahun itu dipercayai mengalami masalah kesihatan pada bahagian kedua-dua belah kakinya.

Pihak polis yang berada di situ telah menyelamatkan Bonifacio dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke pusat perlindungan warga emas. Susulan daripada insiden berkenaan, Leticia telah ditahan dan ditempatkan di  pejabat pendakwa raya Guanajuato sementara menunggu tuduhan yang akan dikenakan kepadanya.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×