berita

Populasi Makin Terancam, Hidangan ‘Kaki Katak’ Dapat Permintaan Tinggi Di Perancis & Belgium

June 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kesatuan Eropah (EU) telah mengimport sebanyak 4,070 tan kaki katak setiap tahun iaitu bersamaan 81 hingga 200 juta katak yang sebahagian besar daripadanya ditangkap dari kawasan liar.

Hal ini kerana permintaan hidangan kaki katak yang tinggi di Perancis dan Belgium sehingga menyebabkan populasi haiwan amfibia itu terancam.

Hidangan ‘kaki katak’ dapat permintaan tinggi

Menurut Aktivis Pro Wildlife, perkara berkenaan telah menimbulkan ancaman terhadap populasi katak di negara pembekal termasuklah di Indonesia, Turki dan Albania. Difahamkan hampir 74 peratus import EU datang dari Indonesia, empat peratus Turki dan 0.7 peratus dari Albania.

Dalam pada itu, kini katak Jawa atau nama saintifiknya Limnonectes Macrodon yang diperdagangkan secara meluas semakin pupus di Indonesia. Malah, saintis juga telah memberi amaran bahawa katak yang berasal dari Turki akan pupus menjelang 2032 sekiranya tangkapan di lakukan secara besar-besaran.

Di Albania pula, pembekal kaki katak keempat terbesar EU iaitu katak air Scutari kini terancam. Bukan itu sahaja, pengasas bersama Pro Wildlife, Dr. Sandra Altherr turut menyifatkan situasi tersebut sebagai kesan domino maut bagi perlindungan spesis.

Belgium merupakan pengimport terbesar

Walau bagaimanapun, Belgium merupakan pengimport kaki katak terbesar di dunia dengan menyumbang sebanyak 70 peratus daripada pasaran EU, diikuti dengan Perancis sebanyak 17 peratus, Belanda tujuh peratus, Itali empat peratus dan Sepanyol dua peratus.

Menerusi laporan Deadly Dish Pro Wildlife, majoriti pengimport kaki katak Belgium telah dieksport semula ke negara anggota EU yang lain.

Data Jabatan Kastam Perancis turut mendedahkan bahawa negara itu mengimport sebanyak 30,015 tan kaki katak segar dan sejuk beku pada tahun 2010 sehingga 2019 bersamaan dengan 2.5 juta katak. Jumlah lebih kecil turut diimport oleh United Kingsom, Croatia, Romania, Jerman, Poland dan Republik Czech.

Sumber : Daily Mail

SKIP THIS AD ×