berita

Port Baik Untuk Kaki Bola & Kaki Futsal

December 11th, 2018 | by farha
Kesihatan & Hidup Aktif

Sekarang ni semua tengah demam bola, mana tak nya AFF Suzuki Cup dah hampir ke kemuncaknya. Rasa-rasa siapa yang menang untuk match kali ni? Harap-harap Harimau Malaya la julang piala ni.

Perasan tak, demam bola ni tak pernah habis. Setiap tahun akan ada je pertandingan bola tak kira la peringkat Malaysia atau pun luar negara.

Dah alang-alang musim bola ni, selalunya korang yang kaki bola suka buat training kat mana? Kalau tak tau, admin ada satu tempat yang best untuk korang habiskan masa dengan main bola sepak.

Bukan Sekadar Tempat Bermain Bola.

Tempat ni juga ada padang tertutup futsal. Fasiliti yang ada kat tempat ni memang complete.

Tempat yang admin maksudkan adalah Akademi KLFA yang terletak di Desa Melawati. Selain jadi tempat latihan kelab-kelab bola sepak tempatan, tempat ini juga sering mengadakan perlawanan antara junior league, orang awam pun boleh juga nak adakan match kat sini.

Lepak & Chill Dekat Cafe Bersama Si Kecil.

Kalau mana kawan-kawan yang memang kaki futsal atau kaki main bola, semestinya tempat lepak korang tak lain tak bukan kat padang bola atau tempat futsal la kan. Haaa, kalau korang nak tau, kat Akademi KLFA ni pun ada sediakan cafe.

Jadinya, kalau mana geng korang yang nak ajak lepak tapi nak layan diorang main bola atau futsal, ajak la diorang datang kat sini. Masa korang takde la terbuang dengan macam tu je, at least while waiting korang isi perut tu, betul tak.

Untuk parents,  kalau masih lagi dalam dilema nak adakan aktiviti untuk anak-anak korang, apa kata sewa tempat ni. Korang boleh buat ‘soccer camp’ atau mini karnival di sini. Untuk yang datang jauh dari Kuala Lumpur, korang tak perlu risau sebab di sini ada juga disediakan asrama untuk bermalam di tempat ini.

Walaupun musim hujan, korang semua tak payah risau sebab apa, padang bola yang ada kat Akademi KLFA ni diperbuat daripada rumput sintetik, jadinya bila musim hujan padang tak akan berlopak dan lecak.

KLFA Muslim Friendly..Terbaik!

Untuk yang muslim kemudahan surau juga disediakan, tak perlu la nak keluar cari surau atau masjid berdekatan untuk tunaikan tanggungjawab. Bagi mak-mak pula, kalau dah teman suami atau anak datang ke sini, mereka ada juga sediakan aktiviti zumba untuk kaum perempuan. Jom pakat ramai-ramai, kumpul geng boleh buat zumba.

Jom Sepak Mula di Akademi KLFA!

Senang cakap, bila korang datang je kat tempat ni memang semuanya ada.